Tat nanas
Tat nanas

Tat nanas

Kuih Tat Nanas merujuk kepada kuih Tat yang diperbuat daripada tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepong adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi kuih tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas. Sesetengah orang meletakkan tat nanas dalam kumpulan biskut (biskut raya) disebabkan penggunaan doh / tepung pada kulitnya. Contohnya, laman resipi Kuali (pautan di bawah) meletakkan resipinya dalam kumpulan biskut.Kuih tat nanas merupakan sejenis kuih yang popular di Brunei, Malaysia dan Singapura. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung dan jem. Pada kebiasaannya tepung adunan yang digunakan adalah tawar, kerana intinya manis. Bagi tat nanas, ia mempunyai inti yang diperbuat daripada jem nanas.Biasanya kuih tat nanas dibuat hanya pada musim perayaan seperti hari raya dan kurang laku pada waktu biasa.Kuih tat nanas disediakan dengan menggunakan adunan tepung dan margerin yang diadun bagi membentuk doh. Selepas doh adunan tersebut menjadi agak lembut doh akan diuli dan dicanai dengan penggolek bergigi bagi membentuk bergigi. Selepas dicanai, jem nanas akan diletakkan ditengah dan adunan doh tersebut akan digulung agar jem terletak ditengah-tengah adunan. Selepas itu ia dipotong menurut ukuran yang dikehendaki. Sebagai hiasan akhir, kuning telur akan disapu pada bahagian atas bagi memberi warna kekuningan keemasan. Saiz kuih tat nanas ini biasanya dianggar semuat satu suapan agar mudah ia dimakan. Kuih tat nanas biasanya banyak dijual secara meluas semasa musim perayaan. Pada waktu biasa, ia kurang terdapat dijual.